Program Perumahan Rakyat Dasar Baru
| PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DASAR BARU | |||
![]() |
Pada Februari 2002, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan perubahan dasar dan strategi pelaksanaan program perumahan kos rendah di mana Projek Awam Kos Rendah (PAKR) yang dahulunya merupakan projek-projek negeri yang dibiayai melalui pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan tetapi dilaksanakan oleh JPN, telah menjadi projek-projek Persekutuan dengan nama Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki. Jemaah Menteri juga bersetuju supaya PPR Bersepadu diteruskan pelaksanaannya dengan nama PPR Disewa.
|
||
![]() |
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah diberi tanggungjawab melaksanakan PPR Dimiliki melainkan 25 projek PPR Dimiliki di Negeri Pahang yang sedang dilaksanakan oleh JPN. Projek PPR Disewa akan terus dilaksanakan oleh JPN. Bilangan unit disasarkan untuk dibina di bawah PPR Dimiliki ialah 40,000 unit dan PPR Disewa 50,000 unit. Program pembinaan rumah di bawah PPR Disewa adalah bertujuan untuk disewakan kepada setinggan dan akan diperluaskan kepada golongan berpendapatan rendah yang lain apabila matlamat setinggan sifar tercapai.
|
||
![]() |
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa wajib menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Satu dan Dua Tingkat (CIS 1) dan Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2). Kejayaan program ini akan menjamin bahawa golongan berpendapatan rendah mendapat perhatian Kerajaan dan bantuan sewajarnya melalui program perumahan rakyat yang mencukupi,selesa, termampu dan selamat ke arah menikmati kualiti hidup yang lebih tinggi.
|
||
Kunjungi website kami : www.RumahJabodetabek atau telepon (021) 5602528





